Monday, 31 August 2015

Mengkaji Jenis Fans Bola di Laman Sosial


Hai apa kabar kalian? Cuti panjang aku selama 3 hari (72 jam dikira cuti panjang) langsung tiada aktiviti dan assignment dibawa pulang saja-saja maka aku buat entri. Kalau aku tak balik Kelantan dan stay di Shah Alam dah lama aku join Amir pegi himpunan Bersih depan Sogo sebab Amir kata kalau pegi dapat nasik free dan peluang mendapat makwe cina adalah tinggi. Gila kau sape taknak awek macam Soo Wincci dan pakwe macam Micheal Ang. Umi aku pula sebenarnya tak bagi aku balik Kelantan sebab bazir je RM110 balik untuk 3 hari tapi lepas aku ugut nak jadi maskot untuk hari Merdeka, umi akhirnya mengalah.

  So dirumah, sambil menikmati cuti aku belek channel tv, wow tak sangka ada banyak match bola disiarkan termasuk tv Al Hijrah dan Astro Oasis yang menunjukkan bagaimana Manchester United istiqomah dalam kekalahan. Aku layan game ringan-ringan je kalau game hardcore dirogol 3-0 oleh West Ham tu aku tak layan, brutal gila weh kalo aku fans dia dah lama terjun Parkson. Dan lepas game bola biasanya aku scroll Twitter dan Facebook nak tengok ulasan-ulasan dari pakar bola dan keputusan-keputusan lain yang tidak disiarkan dalam tv. Semestinya kekalahan sesetengah kelab menimbulkan pelbagai reaksi dari peminat bola sama ada funky, marah, sedih dan kadang-kadang ada yang merusuh tapi hanya di laman sosial la dengan menumbuk keyboard dan mengoyak poster Asa Akira. Setelah aku memerhati komen-komen orang ramai dan mengkaji menggunakan proses kombusasi serta menstalk beberapa account yang berpotensi, aku mendapati ada pelbagai karakter fans bola yang wujud di alam maya pada hari ini dan dapat dibahagikan kepada beberapa jenis. Ayuh kita mengenali jenis-jenis fans bola di alam maya.





1) Fans Bermotivasi
Normally kalau buka twitter mesti ada status atau tweet beliau yang memberi kata-kata semangat sebelum dan selepas game. Antara ayat selalu digunakan seperti "go go my team you will never walk alone" dan "this year is our year" walaupun mereka tahu team mereka lemah dan tak akan pernah menang dalam liga(contoh). Fans ini kerap tweet menggunakan peribahasa yang melambangkan semangat tidak putus asa bagi menaikkan semangat player contohnya "Teruskan Coutinho, air dicincang takkan putus!" "berjuanglah Terry! Alang-alang menyeluk pekasam seluklah sekali seluar Eva!". Sebagai fans bermotivasi juga mereka tidak mudah mengalah apabila team kegemaran mereka dibelasah teruk 6-0 dan percaya masih boleh membuat comeback pada minit ke-89 dengan tweet-tweet mereka yang penuh motivasi, Fadhilah Kamsah baca pun bergenang air mata apatah lagi Fadhilah Mansor. Aku respect penyokong bermotivasi ni sebenarnya tetapi kalau setiap sezen motivasi ada piala takda nak buat apa?


Antara komen penyokong yang bermotivasi



2) Fans Angkuh
Sering memulakan provokasi dan mengamalkan amalan hina-menghina team lain. Selalunya pada matchday dia yang paling awal provok, lepas solat Subuh lagi dah up status "player JDT pagi-pagi ni mesti kecut telor kan? Sejuk ke takut kat Pahang?" dan tweet tersebut diretweet oleh beberapa followers yang sekepala dengannya. Mereka juga sering menyanjung dan memuliakan team sendiri dengan menyebut kejuaraan yang pernah mereka miliki walaupun hanya sekadar meraih Piala Sumbangsih serta memuji player sendiri seperti memuji punggung Damion Stewart yang semakin pejal (sambil mengetap bibir). Golongan angkuh ini juga amat angkuh dengan ramalan perlawanan melibatkan team mereka. Mereka selalunya akan post ramalan sebelum perlawanan, meramalkan bahawa team mereka akan menang besar 8-1 dalam perlawanan persahabatan berdepan Bayern Munich walaupun mereka hanya penyokong Norwich. Aku juga ada terjumpa post Facebook yang membuat ramalan luar tabii dengan keputusan 56-15 namun setelah diselidik, itu sebenarnya ramalan untuk perlawanan pasukan ragbi All Black bertemu pasukan John Legend iaitu pasukan All of Me hihi amacam lucu tak jenaka ragbi aku?


Kalah pun masih angkuh bertweet




3) Fans Emotional
Paling banyak kot fans ni dalam internet, aku pegi stadium haritu pun ramai. Sering emosi apabila team mereka tidak bermain mengikut sillibus pengurus, lalu mereka meluahkan di laman sosial. Carutan dan makian terhadap pemain dah jadi perkara biasa, sebab mereka tweet dan post straight dari hati, takde lapik-lapik dah.

"Woi Kunanlan kau main bola ke Solitaire sial?! Balik rumah jahit sari la bodoh!"


"Rooney ni kambing betullah! Lari terkangkang macam baru lepas sunat! Turunla point fantasy aku kalo kau asik lari camtu! Dasar Shrek mak kau hijau pak ko hijau keluarga kau ahli Pas!"


"BABII BARUA LAHABAU TUH PAKHANG LA MELAKA MENANG LIGA LA KIMAK!!"
(orang melaka yg terbiasa mencarut walaupun menang liga)

Itu antara contoh komen emosi yang aku pernah baca di twitter, terutama ketika team mereka ketinggalan dan berada di minit akhir permainan. Aku juga tak ketinggalan beremosi baru-baru ini apabila Chelsea dikalahkan oleh Crystal Palace di Jambatan Stamford. Yelah sapa tak marah lepas Chelsea dapat gol penyamaan seminit kemudian Sako score, memang emo la namun aku bijak mengawal emosi dengan sekadar menyebut bacon instead menjerit babi yang dianggap tidak sopan. Dah la, emo pulak aku cakap pasal Chelsea ni.








4) Fans MU
Malas cakap banyak untuk kategori fans MU ni. Rujuk nombor 1, 2 dan 3 untuk mengetahui ciri-ciri mereka



5) Fan Bingbing




Hihi sekadar memanjangkan entri, Nak tengok dia berlakon jadi heroin tengoklah Xmen Days of Future Past, dia memegang watak Blink.




5) Amran Fans
Takde kaitan pun Amran dalam topik kali ni, cuma kalau sesiapa tahu mana nak dapat buku Amran Fans, pm aku. Sale bulan 5 haritu tak sempat nak beli sebab aku tengah pokai





6) Fans Plastik / Lalang
Sinonim dengan panggilan lalang kerana hanya bertiup mengikuti arah angin, yakni mengejar kemenangan sesebuah kelab (glory hunter). Kenapa lalang? Kenapa tak dipanggil bacang, sireh, atau lambok? Kerana itu semua nama kartunis haa haa lucunya aku. Penyokong lalang ni mudah dicam dilaman sosial kerana setiap kali sesebuah team menang, beliau akan mengaku sebagai fans kelab tersebut walaupun baru semalam cakap tak minat bola. Elok-elok semalam bertunang dengan penyokong Man City kerana minat team yang sama, tetiba dia tweet mengaku fans Chelsea setelah Chelsea berjaya membenam Manchester City 5-0 lalu mereka pun putus tunang. Sadis kan?








Jadi, anda dalam golongan fans mana? Biar aku jawab. Sebagai rakyat Malaysia, semestinya anda golongan keenam. Golongan lalang, ya, anda lalang, apahal tak puas hati ke mari la fast to fast. Tahukah anda, terdapat beberapa perlawanan kompetitif melibatkan skuad Malaysia sekarang, namun rakyat Malaysia dilihat tiada sambutan lagi ke stadium, mungkin kerana prestasi skuad negara? Kalau ya, ternyata anda salah seorang penyokong plastik. Hanya ketika kegemilangan Malaysia, anda ke stadium? Hei macha ale irruke porringge gali gali much tumb nehi hei. Kalau tak mampu menyokong ketika kami jatuh, janganlah bersorak ketika kami menang. Astaghfirullahalazim emosi pulak aku ni, dah la chow dulu jumpa lagi next entri k bai








Friday, 28 August 2015

Champions League kembali!


Hai apa kabar kalian? Balik rumah je baru ada peluang menulis, sampai dirumah apabila aku bukak TV penuh dengan isu bola dalam dan luar negara, hingga terdetik nak tulis entri bola. Aku jarang tulis pasal bola, tapi kalau aku tulis, aku tulis selagi aku boleh tulis sebab bukan selalu aku menulis pasal bola. Amacam pening bukan ayat pendahuluan aku? Bertentangan dgn ayat pendahuluan SPM yang Cikgu Salmiah aku ajar dulu contohnya ayat pembukaan "Di era globalisasi ini, kita sering dihebahkan mengenai nasi goreng GST..." ataupun ayat "Di zaman kejatuhan ringgit ini, sering meniti dari bibir ke bibir segenap empat penjuru dunia..." ew gelilah macam lesbian pula main bibir ke bibir







Ok jadi kita ke sesi serius. Sebenarnya aku amatlah excited apabila tibanya kejohanan terkemuka yang didambakan oleh segenap kelab Eropah yakni UEFA Champions League atau dalam bahasa melayu, Liga Juara-Juara UEFA. Game liga lain pun aku layan, cuma keghairahan UCL ni lain dari yang lain sebab dapat menyaksikan team-team dari negara Eropah akan bersaing, pertembungan team yg mempunyai taktikal berbeza dan dapat membandingkan saiz perut manager (yang tentunya dimenangi oleh Rafa) serta dapat menentukan team dari liga mana yang paling power didunia. Macam sezen lepas, Barcelona Power telah memenangi tournament ini menewaskan Juventus 3-1 dan melengkapkan treble mereka dengan piala ini. Namun pada musim ini, pastinya ada saingan sengit daripada segenap kelab top Eropah termasuk kelab loser Manchester United yang turut tersenarai entah macam mana (mungkin merasuah kerani untuk masukkan kelab mereka dalam list team UCL).

   
               


Bagi menentukan group dalam kejohanan ini, undian telah dilakukan pada 27 Ogos 11:45 malam waktu Malaysia live di astro 810 dan macam biasa la, dah nama pun mengundi mestilah ada elemen kejutan contohnya Harun Din dapat undian banyak tapi Shabery Cheek yang menang haa lebih kurang gitu la. So dalam isu UCL ni pula, kejutannya berlaku apabila ada team power semua diundi dalam satu group ataupun team seperti Man Utd diundi bersama Barcelona, itu juga satu kejutan sebab MU hanya layak group dengan Real Mulia dan Penjara FC sahaja. Undian baru saja selesai malam semalam, so dengan pantasnya aku grab kopi dan mula menaip. Berikut adalah senarai grouping untuk UEFA Champions League ini, ayuh kita kaji bersama.







Well, dari group pertama pun dah nampak persaingan hebat. Group A, PSG (dibaca, Paghis Sen Jermen) dari Perancis yang baru saja sign Angel Di Maria dan mempunyai back four termahal dunia dilihat power dalam mencabar Real Madrid yang dipimpin Rafa Benitez, yakni Dollah Salleh Sepanyol. Real semestinya perlu bergelut setelah mereka tidak memenangi sebarang piala sezen lepas termasuk piala Sultan Haji Ahmad Shah. Shakhtar Donesk juga mampu beri persaingan walaupun baru kehilangan Luiz Adriano ke AC Milan dan Douglas Costa ke Bayern. Malmo pula aku malas ulas sebab nama pun macam produk keluaran Snek Ku, semestinya menjadi bahan melampias nafsu dalam group ini




Group B pula menampakkan peluang cerah kepada CSKA Moscow, Wolfsburg dan PSV selepas diundi bersama Man Utd. Ok la aku malas kutuk MU sebenarnya, so back to reality. MU yang baru saja beli Memphis, Bastian, Darmian, Schneiderlin dan Romero nampak power cuma aku taktahu silapnya dimana sampai Newcastle pun takleh nak makan kahkahkah. Wolfsburg pula konsisten musim lepas, no 2 bundesliga dan aku yakin mereka ada peluang ke group of 16 walaupun ada rumours De Bruyne nak pindah tapi kuasa Bendtner mengatasi segalanya. PSV pula power dengan Holland future star Narsingh dan Luuk De Jong serta Adam Maher Bermaen Bolla. Kunjungan kembali Memphis Depay ke Belanda mungkin tidak diraikan peminat PSV, yelah sape je nak sambut player MU lainlah kalau dia pindah Chelsea. Untuk CSKA Moscow, boleh jadi pencabar untuk Man Utd kerana MU ni level diorang je. Nak komen lelebih takleh, aku tak kenal sangat player dia, CSKA pun sampai sekarang aku tak tahu shortform untuk apa.




Atletico Madrid nampak takde masalah mengharungi group C ni. Pembelian Jackson Martinez dari Porto dah cukup nak cover tempat uncle Mandzukic. Sedangkan taktikal Simone mampu mengekang Real dan Barca, inikan pula Astana yang ntah dari mana. Galatasaray masih menyimpan Wesley Sneijder, satu-satunya pemain yang menyinar berdepan kelab besar tapi takkan team asyik nak harapkan dia sorang kan. Kelab dari Turki itu juga mengikat penyerang Jerman, Lukas Podolski dari Arsenal yang dilihat semakin gemarkan kebab serta lebih banyak bergurau arab dengan rakan sepasukan. Benfica pula akan bersaing dengan Galatasaray untuk mengiringi ATM (ceh konfiden je ATM layak) kerana team Benfica nampak agak hebat walaupun aku hanya mengenali Gaitan ngan Raul Jimenez yang bakal bertemu kelab lamanya serta keeper histeria berdepan angka 7, Julio Cesar.





Ada yang kata ni group maut tapi bagi aku semua group maut kerana "qullu nafsin dza iqotul maut". Juventus selaku naib johan musim lepas masih lagi menjadi team feveret selepas kehilangan legenda Pirlo, Vidal dan Tevez namun berjaya mencover kehilangan itu dengan pembelian pemain world class seperti Mandzukic dan Khedira. Dipenuhi kuda tua (sorry panggil kuda kalo panggil keldai lagi biadap kan) namun diberi nafas baru dengan kehadiran Dyabla, Pogba dan Coman. Juara England 2 kali (je), Manchester City sebagai pencabar dalam group dengan konsistensi dalam liga dan setelah membeli pemain buat-buat sakit, Raheem Sterling serta Otamendi mereka bakal beli De Bruyne dengan rekod liga, entahla pak arab mereka beli player macam main Jutaria. Juara bertahan Liga Europa iaitu Sevilla turut memberi tentangan dengan adanya Vitolo dan Immobile walaupun dijangka mereka akan sengaja kalah seterusnya ke Liga Europa dan kembali menjadi juara UEL, mungkin begitulah perancangan mereka setiap tahun. Mereka juga berjaya mendapatkan Llorente yang lari dari Juventus namun nasib Llorente malang apabila diundi satu group dengan majikan lamanya. Jika anda fan Dortmund dan terlompat kegirangan bila melihat Borussia masuk dalam group UCL, sedarlah bahawa itu Borussia Monchengladbach dan bukannya Borussia Dortmund





Group E nampaknya dilihat average antara Barca (merendah diri) dan AS Roma yang pernah bertemu dalam Joan Gamper Trophy dimana Barca menang 3-0. Namun kehadiran Edin Dzeko yang mencetak gol 4 minit selepas debutnya menunjukkan Roma mahukan kebangkitan. Disebabkan sudah cukup power, Barcelona selaku juara bertahan hanya bersantai sambil suka-suka sign player sorang dua dari liga sendiri seperti Aleix Vidal, Arda Turan dan sedang berunding untuk mendapatkan Nolito dari Celta Vigo. Leverkusen antara wakil Jerman yang hebat dibarisi bintang underrated seperti Hakan Calhanoglu dan Charles Aranguiz dan berpeluang menang ke atas Roma namun jika Leverkusen mengambil penalti penuh gemalai seperti menentang Atletico sezen lepas, ternyata mereka ke UCL hanya sebagai lawatan sambil belajar. BATE Borisov, sebuah kelab dari Ukraine yang hampir setiap tahun melakukan penampilan dalam UCL namun tak pernah layak ke group of 16. BATE dalam bahasa Kelantan bermaksud Batang dan jika disebut BATE ABE bunyinya bertambah lucah jadi sama-samalah kita saksikan sejauh mana kehebatan kelab ini nanti.






Selalunya di sesebuah institusi pengajian kelas F dikaitkan dengan pelajar nakal dan berperangai diluar tabii. Begitu juga group F ini. Agak nakal apabila Arsenal dan Bayern Munich bertemu berkali-kali dalam saingan UCL ini sama ada didalam group atau saingan kalah mati dan kadang-kadang bertemu di shopping complex dan kenduri kawin hahaha lucu tak? Arsenal memulakan musim dengan pembelian Petr Cech dari juara Inggeris The Mighty Chelsea dan seperti biasa diikuti pembelian budak-budak bawah umur oleh Pak Wenger astaghfirullah Phedophilia betul orang tua kutuk ni. Untuk mengejar kejuaraan UCL Arsenal juga perlu sedar bahawa mereka bakal bertemu Bayern dan bukannya West Ham. Berbeza dengan Bayern, pembelian Douglas Costa dan Arturo Vidal menyaksikan mereka bertambah mantap dibawah bimbingan Pep Guardiola yang bertukar falsafah bolasepak setiap musim namun tak pernah layak ke pentas final kahkahkah. Olympiakos dari Greece dan Dynamo Zagreb dari Croatia dilihat team yang biasa namun mampu meranapkan impian Gunners yang kadang-kadang tak bermaya berdepan kelab tidak ternama seperti kekalahan kepada AS Monaco musim lepas menyaksikan mereka tersingkir dari kancah UCL






Selaku (bakal) juara kumpulan G, Chelsea tidak berdepan kesukaran menghadapi team dibawah mereka jika bas mereka diservis dengan baik. Jose Mourinho bakal bertemu kelab yang pernah dikendalikannya, FC Porto dari Portugal. Porto antara team yang kuat dan pernah menewaskan Bayern dilaman sendiri namun sebagai membalas jasa kepada Mourinho, mungkin mereka merelakan diri untuk kalah. Mereka juga kehilangan penyerang berbisa Jackson Martinez dan Danilo, namun kehadiran Casillas digawang serta pemain hebat seperti Brahimi dan Tello masih dapat menjamin kemaraan Porto. Macabi Tel Aviv pula sebuah kelab dari negara zionis Israel laknatullah dan sudah pasti aku harap diorang kalah 7-0 setiap game dan setiap player mereka dinutmeg oleh John Obi Mikel tanda penghinaan secara besar-besaran. Jika group F ada Dynamo Zagreb, group ini pula ada Dinamo Kiev, kelab liga Ukraine yang turut tersenarai dalam UCL namun kedua kelab ini tiada kaitan dengan serbuk pencuci Dinamo yang menanggalkan 99% kotoran dan menambahkan bau harum pada pakaian anda!






Last group adalah group H. Ramai rakyat marhaen memperkatakan bahawa group ini adalah yang paling hambar dalam saingan kali ini. Zenit San Petersburg kelab dari Rusia selalu muncul dalam UCL dan mempunyai rekod agak baik diundi bersama Valencia, Lyon dan Gent. Hulk masih berbisa disamping Witsel masih lagi dipancing AC Milan, menggoyahkan tumpuan Zenit untuk layak ke peringkat seterusnya. Valencia tidak kurang kuatnya, Alvaro Negredo antara player power yang aku kenal disamping Shokdran Mustafi yang baru saja aku beli dalam FM. Lyon dibintangi pemain muda berbakat Nabil Fekir dan Lacazette dibantu Matheu Valbuena nampak gah tapi tetap jadi lauk Arsenal pada perlawanan pra musim dengan kekalahan 6-0. Gent pula kelab dari Belgium dengan logo yang agak cool tapi harapnya persembahan pasukan pun kenalah cool yedak. Kekuatan Gent juga sukar diramal kerana aku first time nampak kelab ni dalam UCL, aku pun tak pernah layan liga Belgium. So kita akan tunggu dan lihat saja la ye







Jadi, begitu la group yang diundi untuk UEFA Champions League ini yang bakal bermula 15 September ini. Group mana team anda berada? fans Liverpool takyah la double check, korang memang takde dalam list. Semua team ada kekuatan masing-masing dan berpeluang menjuarai kejohanan ini kerana menurut Mahatma Gandhi, dalam bolasepak tiada apa yang mustahil. Sedangkan JDT pun boleh tewas ditangan Felda(tetiba). Segala yang diatas hanyalah pendapat aku semata-mata, sorrylah kalau ada yang tersinggung kalau aku kutuk Rooney si alien dan Kompany megamind. Untuk pengetahuan juga, aku merupakan penyokong Chelsea dan Barcelona, korang baca kat atas pun dah boleh tahu betapa biasnye aku kakakaka. Champions League ini adalah medan sebenar nak tunjuk hero, setakat menang Community Shield tapi lawan West Ham pun kalah apa guna jugak kan? (bakar line). Jadi, goodluck la to all team, and lets see which team gonna be the Champions!