Friday, 20 February 2015

tu ayah Zalikha!


credit to this brother :D moga tercapai hajat ngko ambik hati bakal mentua keh3







hiruk pikuk keadaan direstoran kepunyaan mamak, Salimu Tatangga yg dipenuhi oleh orang ramai yang singgah selepas waktu keja berakhir. aku berjalan perlahan untuk keluar, sambil mengelak dari terlanggar org ramai.  sambil itu aku menikmati bau asam pedas dan pelbagai bau yg menusuk hidungku dan cukup membuatku berasa lapar tahap gaban. cepat-cepat aku menahan nafas, tidak mahu terus tergoda dengan pelbagai bau masakan yg enak itu.


aku mencapai kunci motor honda dream dari poket jeansku. nasi dan lauk yang ku beli diletakkan dengan cermat dalam raga motosikalku. motor dihidupkan, dan aku menyarungkan helmet (tanpa mengikat), segera beredar dari restoran tersebut.



dalam perjalanan, sedang aku mengelamun, aku dapati ada individu yang sedang menolak motornya ditepi jalan berhampiran bangunan pejabat penmerah.com... aku memperlahankan motor, menurut lelaki itu slow-slow. setelah di spy secara terperinci, aku mengesahkah, dan tidak syak lagi, lelaki tersebut seorang daripada insan yang aku kenal..


TU AYAH ZALIKHA!

aku mula mati akal. nak tolong, tapi camna? aku tak reti repair motor. kalo takde minyak, stesen minyak jauh. aku pun malas hihi. nak abaikan? jangan harap! tu ayah Zalikha, gadis pujaanku sejak sekolah menengah. Zalikha yg sopan, dan tak pernah lekang dengan senyuman. ooooh andainya kau tahu Zalikha hmmm


lamunan aku terhenti. aku harus membantu pak samsul. ini bukan saja atas dasar perasaan aku, tapi ini mengenai dasar kemanusiaan dan kebajikan. orang yg susah harus dibantu, ajaran mak aku yg selalu aku ingat. hanya ada satu cara. ya, cara yg ku anggap bodoh tetapi sekurang-kurangnya dapat menemani Pak Samsul.

tanpa berfikir panjang, aku mematikan motorku. helmet ku tanggalkan, dan dengan laju, aku menolak motorku, menuju ke arah Pak Samsul.


"assalamualaikum, eh Pak Samsul, dari mana..? kenapa ni?" aku memulakan perbualan. kelihatan dia terkejut dengan kehadiranku, tambah-tambah lg dia melihat aku turut menolak motorku, sama nasib sepertinya


" Waalaikumussalam eh..ler...engko, Salman? pak cik dari kedai ni, beli ubat nyamuk. motor pulak tetiba mati, haa motor engko pulak dah kenape?"



"motor saya? ehehe motor saya takde minyak, minyak habis. kebetulan habis kat sini, terjumpa pulak ngan Pak Samsul" aku bersahaja menjawab. dalam hati aku agak bersalah sebab menipu


"saya pun bukan jenis reti repair motor, maaf la Pak Samsul saya takleh check motor Pak Samsul" sambung ku


"eh takpe la Man, kita sama-sama tolak je la..at least pak cik ada teman haha" kata Pak Samsul sambil ketawa. aku turut ketawa (buat-buat)


"emm...Zalikha sihat, pak?" aku mulakan topik ku. agak berat sebenarnya untuk bertanya, entah dari mana datangnya semangat untuk mengajukan soalan itu.


"oh, ika sihat je..ada kat rumah tu. Man tanya pasal Zalikha ni, ada apa-,apa ke?" berderau darah aku time Pak Samsul melontarkan soalan tersebut. ahh sudah bikin ribut ah aku ni. gelojoh


"takde saya tanya je, Pak Samsul. ni kenapa pegi beli ubat nyamuk kat pekan? kedai runcit Munawir tutup ke?" aku cuba mengalih topik, namun fikiranku masih pada Zalikha


"..kedai Munawir tutup harini, Munawir keluar kenduri anak dia, Suud. kawan kamu le, kamu tak pegi? Suud tak ajak kamu ke?," soal Pak Samsul

"bukan tak ajak, saya ni ha asyik sibuk je. harini pun kena keje separuh hari..lagi pun saya tak rapat sangat dengan Suud, sy tak pegi bukan dia perasan pun haha" jelasku sambil ketawa. "Zalikha kerja kat mana, Pak Samsul? tanyaku. sungguh aku tak dapat elak dari bertanya perihal Zalikha.

"oh..ika tu sekarang kerja kat Negeri X. sekarang cuti so dia balik la kejap" ujar pak Samsul.

aku hanya tunduk. kadang-kadang terasa malu menyimpan perasaan terhadap Zalikha, seorang pegawai bank sedangkan aku hanya juruaudit biasa dipejabat kerajaan di bandar negeri kelahiranku.  Malu dan perasaan menyesal bercampur baur. tanpa aku sedari, kami dah hampir sampai ke Kampung Eluminati. tak jauh didepan sana, terletaknya rumah Pak Samsul.



"kamu suka Zalikha ya, Man?" terpacul soalan itu dari bibir pak Samsul. soalan yg tiba-tiba. aku terpaku. darah aku sekali lagi berderau. dup dap dup dap. "mau kena lemah jantung kalo asik berderau ni", bisik ku dalam hati.


"Pakcik tak tak kisah pun dengan siapa Ika kawin..driver lori pon pakcik terima. asalkan, dia pandai jaga isteri dan jaga diri sendiri. Ibadah kena la jaga, kalo tak camna nak bimbing isteri, ye dok?" panjang lebar pernyataan Pak Samsul. rasa terpukul jugak aku dengan bab ibadah tu. padu dan jitu

"sejujurnya saya memang simpan perasaan kat Zalikha, pak. insyaAllah pak, sy akan membetulkan diri saya sebelum memiliki dia. insyaAllah, kalau ada jodoh saya dengan dia" ikhlas kurasakan kata-kataku itu. tidak dibuat-buat lagi.



kami berhenti di depan rumah Pak Samsul. sebelum aku beredar, dia berterima kasih kerana menemaninya sepanjang perjalanan pulang.

"terima kasih Man temankan pakcik. susah nak jumpa orang macam Man ni. ada masa datang la rumah pakcik,nak jumpa Ika pon boleh hahaha" aku tersenyum mendengar ayat terakhir Pak Samsul. hatiku mula berbunga seharum febreeze.

sebelum aku pulang, kami bersalaman,

dan aku menghidupkan enjin motorku, meminta diri dan terus memecut pulang




Pak Samsul mengunci motornya, dan menuju ke tangga rumahnya. tiba-tiba, langkahnya terhenti. dia menyedari sesuatu







"Salman kata takde minyak, camna motor dia boleh hidup?!"









dan azan maghrib mula berkumandang

Monday, 16 February 2015

adik

adik tercungap-cungap. penat. sesampainya ditempat meletak basikal, dia duduk diatas bangku kayu berdekatan. adik sebenarnya tidak pasti mengapa dia begitu teruja untuk pulang ke rumah, sesudah sesi kelasnya ditamatkan. mungkinkah teringat masakan ibu yg lazat? atau terlalu memikirkan untuk balik dan tidur sepuasnya, setelah sehari bergelut dengan sekolah?


"woi jan, menung ape tu? asal tak balik lagi?" rakan sekelas adik, zico menegur adik yg masih termenung dihujung bangku

"takde ah, haha aku saje je ambik angin jap sebelum balik. penat pulak belajar hari ni zic" ujar adik sambil tersenyum

"oo takpe la, kalo camtu aku balik dulu la jan..nak bagi makan arnab" zico meminta diri sambil menuntun perlahan basikal fixienya

"k" balas adik.





setelah zico beredar, adik bangun ke arah basikalnya. terasa malas untuk mengayuh basikalnya, apatah lagi dengan cuaca panas terik yg mampu membakar kulit dan membasahkan uniform sekolahnya dengan peluh. perlahan-lahan, dia mengayuh basikalnya keluar melepasi pagar Sekolah Kebangsaan Dato Ibrahim Md Zin.


adik mengayuh basikalnya bersahaja. tidak slow dan tidak laju. sambil pandangannya memerhatikan kedai goreng pisang kak Halimatun Saadiah yang masih dikerumuni oleh beberapa org murid yg membeli sambil menunggu ibubapa mereka datang menjemput.

 "pekena goreng pisang plus kopi panas time camni...pergh!" getus adik dalam hati. adik sudah sedia maklum, goreng pisang kak halimatun saadiah adalah yg terbaik dalam kampungnya. resepi rahsia yang diamalkan begitu menjadi, sehingga beberapa kali plankton cuba mencurinya. pisang emas yg dicelup tepung bancuhan asli menambahkan ghairah kepada si pemakannya.


adik terus mengelamun sambil mengayuh basikalnya. sedar tak sedar, dia sudah hampir sampai ke rumahnya. kayuhannya dislowkan kerana jalan sekitar kampungnya agak kecil dan sukar untuk mengagak kenderaan laju yg datang dari depan. kelihatan Wak Zaman, jiran sebelah rumah adik sedang menyapu daun kering yg bertaburan di halaman rumahnya yg hampir roboh.

masuk ke selekoh rumahnya, adik menyandarkan basikalnya di pokok jambu halaman rumahnya. basikal biru adik tidak mempunyai tongkat, kerana adik menganggap basikal tanpa tongkat lebih hipster dan kool. sekilas memandang rumahnya, pintu dan tingkap tertutup rapat.

"baru pulang sekola ya?" soal Wak Zaman dengan sedikit pelat jawa terbit dari bibir hitamnya. dia merupakan penduduk paling tua dikampung adik. meskipun begitu, dia masih cergas dalam membuat aktiviti zahir dan batin. tidak hairanlah isterinya, Mak Cik Zeeta masih bersamanya.

"aah wak..takkan baru pulang disko pakai camni" jawab adik sambil ketawa kecil. Wak Zaman tersenyum mendengar jawapan adik, tidak mahu terus mengganggu adik dan meneruskan kerjanya.


adik terus mendaki tangga rumahnya. dari tangga pertama, adik nampak sekeping nota kecil dilekatkan di pintu rumah. sampai depan pintu, adik cuba pulas tombol. berkunci. kemudian, baru adik baca nota yg terlekat dipintu. jelas itu tulisan ibu


"IBU PERGI KELUAR KEJAP NGAN ABAH, ADA SALE PERABOT KAT PEKAN. ADIK LEPAK DULU RUMAH MAK LANG, NANTI IBU BALIK"



adik baca nota tersebut berkali-kali. terasa diri adik seperti ditinggalkan. perasaan adik bercampur-baur. dirinya penat pulang dari sekolah dan perut yg lapar menambahkan lagi kesedihan adik. dia duduk menangis teresak-esak diatas tangga.



petang selasa yang hening, dengan esakan adik serta suara kicauan burung.







Wak Zaman terus menyapu.