Monday, 12 December 2016
Wallet : Kisah dan Pengajaran
Hello
Jumaat lepas, sebelum Zohor kira-kira pukul 1.15 petang aku tergopoh-gopoh untuk ke masjid sebab tak baik lewatkan solat dan tergopoh-gopoh juga sebab takut tak sempat solat sunat tahiyatul masjid. Allahu. Akibat terlalu kalut aku berlari ke garaj sambil menyarung boxer, baju melayu, menggulung kain pelikat dalam satu masa.
Setelah complete bergaya mirip Fattah Amin nak kawin, setiba saja di masjid, aku baru perasan yang aku terbawa wallet! Ya, aku terbawa wallet untuk ke masjid. "Why the fuck i'm bringing this monkey bag?!" tanyaku seorang diri. Ibarat perempuan membawa ego mereka dalam pergaduhan, begitulah juga ketidakwajarannya. Ia sangatlah tidak normal memandangkan masjid adalah tempat untuk bersolat dan wallet pula tempat untuk menyimpan wang yang akan disalurkan ke Sushi King, Boat Noodle dan tempat-tempat hambar lain yang dibawa secara paksa oleh member. Mungkin silap aku juga, kerana terlalu gopoh nak ke masjid aku capai apa saja barang yang ada. Aku simpan wallet tu dalam dashboard pastu pergi solat seperti biasa.
Dan petang semalam, dompet aku didapati hilang. Kah kah kah kah kah kah kah kah kah. fuck
Tak tau nak rasa apa sebenarnya. Nasib baik aku ada kat kb. Hilang time ada kat kampung memang kira ok la kan. Cerita dia, lepas aku balik solat Jumaat haritu, aku lupa terus pasal wallet tu sampai aku nak keluar lepak semalam. 3 fucking days later, madefaker. Cari balik dalam keta, alamak takde! Time tu jugak baru teringat aku lupa kunci keta, pagi Sabtu baru kunci. Aku cuba berlagak cool dengan menyanyikan lagu Hyper Act Takkan Pergi depan mak aku sebab dia pun dah runsing tengok aku cari wallet macam cari makwe (Ya Allah deep). Selalunya dia akan tanya setiap 3 minit, "Jupo doh ko beg duit?" dan dia akan terus tanya sampai aku jumpa. Hinggalah aku give up cari, aku isytiharkan wallet aku dengan rasminya hilang. Dalam dashboard pun dah takde, scoreboard ngan skateboard pun sama dalam bonet dalam tangki minyak lagilah takde. Garaj aku kecik je depan umah, buruk pula tu. Memang rezeki le masuk waktu malam. Mak aku semestinya membebel panjang dan aku hadapinya dengan redho.
Jadi jadi jadi jadi harini, pagi td aku dah pegi balai polis dan wisma. Member aku yang penah hilang wallet bagitau, kena repot polis dulu sebab ic kalo nak buat baru kena ada report. Aku dapatkan nasihat dia sebab dia tu dikira kamceng dengan pegawai JPN, hampir tiap hari makhluk bodo tu hilang ic. Duit aku tak kisah sangat, duit boleh dicari. Harta dunia bukan boleh bawak mati (kakaka babilah ada lebih RM50 dlm tu). Kad yang aku sayang sebenarnya. Kad bank, kad motivasi SPM dulu, kad kredit Visa yang aku jumpa saja simpan nak berlagak kaya, kad kedai buku, gambar pasport member zaman belum kenal jenis najis, dan paling aku gembira hilang kad pengenalan (gambar ic macam pengikut syiah kena bakar). Jadi, sukar nak cari balik semua tu tambahan pulak tu dompet zoro special hadiah dari mak aku sejak form 2 sebab belajar tak bodo.
So, setelah melalui pengalaman kali pertama hilang dompet dalam hidup, setelah membayangkan hidup bakal jadi seperti pelarian tanpa ic dan lesen,
aku mengambil beberapa pengajaran dan nilai murni daripada peristiwa tragis ini.
1) JANGAN BAWA WALLET KE TEMPAT YANG TAK PERLU
Macam dalam kampung je, baik takyah bawak. Takut tertinggal memana and hilang memana. Jangan contohi aku, bawa wallet ke masjid. Dekat je dengan rumah padahal. Sebab lesen? yeah JPJ pun guling-guling gelak tengok ko pakai seatbelt. Alasan lain, katakan nak bawa duit letak dalam tabung masjid. Elok bawak jelah duit not tu sekeping dua. Poket baju melayu tu selama ni ko buat ape bodo? Isi makanan hamster?
2) LETAK KAT TEMPAT TERSOROK
Misalnya korang bawa kereta, taknak bawak wallet keluar, nak letak je dalam keta. Jangan letak atas seat, atas bumbung, dekat meter etc tempat yang senang nampak. Kena sorok bawah seat ke, bawah karpet ke. Atau nak letak dalam dashboard, jangan letak macam tu je., pencuri tak bodo. Mereka tahu dashboard la tempat letak wallet, cermin mata rayban, manual kereta, bedak, losyen, powerbank, pin tudung, lipstick dan pelbagai lagi barangan aneh. Seeloknya sorok la sedikit sebanyak, atleast kalo diorang pecahkan kete kita dapat bazirkan masa mencuri diorang.
3) ELAKKAN BAWA DUIT BANYAK
Kaum perempuan mesin ATM pun diorang bawak dalam handbag tu. Pastu kena ragut mulalah berhuhuhu macam Wan Maimunah. Bawalah sebahagian duit dalam seluar. Jarang ada orang meragut seluar kecuali yang gila seks. Kalau nak pergi mall ke apa, duit dalam wallet perlu minimumkan. Singgit ke contohnya. Dalam poket simpanlah Rm599. Ha amek hang. Nak lepak mamak dengan member, bawaklah RM1.50. Pastu pandai-pandai la basuh pinggan kah kah kah
4) BAWA KAD PENGENALAN, KAD BANK, DUIT DAN DOMPET BERASINGAN
Baik takyah beli dompet hahahahahahgasdhsshcj
5) BAWA WALLET BERANTAI
Zaman dah hipster kan. Daripada buang masa duk buat airpod tapi ada wayar holder baik buat wallet ada gari. Tak senang hilang, tak senang kena ragut serta menjimatkan gari pihak PDRM. Dah ramai nampaknya orang pakai wallet yang besar dua biji penampar tu, tapi still kena pegang sendiri. Buatlah dompet ada gari, beli kat kedai bagi siap-siap kunci. Hilang kunci tu nampak lagi hips, masuk mandi pun bawa dompet hahaha. Kalau yang couple wechat design la dompet yang gari dua sekaligus. Sweet gitu JAIS serbu pun senang nak tarik masuk van.
Akhir citer, hingga waktu ini aku rasa menyesal bawak wallet aku ke masjid tempoh hari. Sikap cuai aku jugak adalah faktor utama, segala mak pak kad kena buat baru. Leceh naharam. Cuai ni sejak kecik tau, aku ingat lagi masa memula lahir dulu aku patutnya menangis, tapi aku cuai sangat lalu aku tergelak hahaha tak kelakar bodo. Dah la, aku nak ambik masa nak move on ni. Hilang wallet ni lain rasanya berbanding hilang isteri. Hilang wallet rasa sedih, hilang isteri............entah cemana la rasanya isteri pun takde. Esok kena gi balai pulak untuk ujian forensik. Fuh ntah apa kena mengena dengan wallet. Minggu depan amek ic. Harapnya rupa aku dalam ic baru nanti macam Sam Clafin kah kah kah
Bai
Subscribe to:
Posts (Atom)