Assalamualaikum semua.
Percayakah anda, ramadan datang lagi? Dalam kita sibuk menghadapi tahun 2015 dengan assignment, tido, bercuti sem dan bertwitter, tanpa disedari pakcik wakil raja-raja dengan segaknya telah membuat pengumuman tarikh mula berpuasa. Terkejut bukan? Aku hampir terbaling botol nutella ke arah tv akibat terlalu terkejut. Datangnya bulan yang lebih baik dari seribu bulan, penuh dengan limpahan rahmat dan berita jari budak terbakar. Bulan yang menjanjikan kenikmatan dan pahala yang berlipat kali ganda, beserta air soya free di masjid. Dan anda pembaca perlu tahu bahawa aku tak pernah ponteng ramadan sejak mula berpuasa pada umur 6 tahun, huhuhuhu hebat bukan. Dah la hensem, muka iras Andrew Garfield, rajin puasa pulak tu.
Namun ruangan kali ini bukanlah untuk memuji kerajinan dan kehenseman aku semasa berpuasa, hanya sedikit entri yizlumik yang mengutarakan beberapa perkara yang ada pada bulan ramadan tetapi tiada pada bulan muharam safar rabiulawal rabiulakhir jamadilawal jamadilakhir dan bulan lain yg tak mampu aku nyanyikan lagi. Kata orang, Ramadan adalah bulan yang dinantikan kerana ada pelbagai keseronokan yang membuat mereka mencapai klimaks. Tahukah anda yang ada pada bulan ramadan? Kalau tak tahu, mari aku beritahu. Ayuh teruskan membaca
ADA APA DENGAN RAMADAN?
SAHUR
dimulakan dengan waktu sahur. Sahur adalah bangun makan pada waktu awal pagi yakni sebelum subuh, untuk memastikan kita cergas dan sihat. Sahur berhukum sunat, so jika terlepas sahur anda tidak perlu tersedu-sedan diatas sejadah memohon keampunan. Sahur merupakan sunnah dan sunat dilewatkan, tak perlu seawal pukul 1 pagi. Ia juga waktu sesuai untuk niat puasa bagi yg belum berniat. Jika diamalkan semasa bukan bulan puasa, ia bukan digelar sahur, tetapi ia dipanggil "melantak di waktu pagi, dasar hawau tak reti nak tido". Sedikit fakta menarik tentang sahur, jika anda ada rakan bernama Sharif, ketahuilah bahawa terdapat dua jenis Sharif yang berbeza dalam dunia, iaitu Sharif Bersahur dan Sharif Masahur
![]() |
| Sharif Bersahur |

BERBUKA BERSAMA
Mungkin hanya bagi sesetengah golongan yang sering makan sorang-sorang seperti aku, bulan puasa membolehkan kita untuk berbuka dengan keluarga atau rakan sekelas dan sebilik. Korang pun tahu, bukan senang nak berkumpul nak makan sama-sama kalo bukan bulan puasa, kena ada perkataan "belanja" dan "payung" dalam ajakan baru diorang join. Haa jadi ini la keistimewaan ramadan, dapat mengeratkan silaturrahim sesama rakan dengan berbuka bersama, tanpa tercetusnya unsur homoseksual. Selalunya kita makan sorang-sorang dihari biasa, tapi apabila bulan puasa, dapat makan reramai siap boleh gelak-gelak tampar dan saling sharing jika ada masalah, seperti masalah cinta, selipar hilang masa terawih, bazar cendol tak bukak dan lupa niat puasa. Kepada yg masih alone ketika berpuasa, bersabarlah kerana memang takdir anda dipulaukan, mungkin kerana ada sikap anda yg bangang menyebabkan anda dibenci oleh org ramai
BAZAR
Asalnya hanya sebuah dataran kosong, tetapi apabila tibanya bulan ramadan, dataran tu akan penuh dengan khemah berwarna-warni. Kubu parti politik? Bukanlah! Digelar bazar ramadan, tempat yang dipenuhi jeritan peniaga, jeritan anak sesat dan kepulan asap sate. Disini anda dapat mencari juadah untuk berbuka puasa seperti ayam percik, apam balik, cendol, roti jon, nasik lemak tasha shila(wajib beli), yongtaufu dan banyak lagi. Terdapat jugak jualan selain makanan, contohnya barang mainan, minyak "tahan sampai sahur" dan mercun (kena pandai cari, usually tersorok). Bazar biasanya mula beroperasi sekitar waktu petang, lepas asar dan berakhir lepas maghrib dan jika peniaga letih mereka langsung tak bukak kedai. Jika anda mahu ke bazar, digalakkan pergi bersama ibubapa kerana terdapat ramai jodoh untuk berlanggar bahu, memudahkan ibubapa kita untuk memilih menantu. Jika pergi bersama kawan, ia dalam kategori cuci mata dimana akan mengurangkan pahala puasa.
TARAWIH
Waktu malam anda di bulan ramadan tidak akan terbuang dengan adanya solat tarawih. Only in ramadan tau, terawih diadakan. Walaupun ada yg cakap terawih meletihkan, bagi aku ianya best sebab dapat menikmati bacaan Al-Quran daripada imam jemputan yang membuat aku 20% insaf dan 80% mengantuk akibat terlalu sedap. Bagi yang malas berterawih disurau, korang juga boleh terawih bersendirian atau dirumah asalkan bukan dirumah jiran. Tapi better berjemaah la sebab bulan puasa ni la masa untuk tambah pahala. Bak kata ustaz..anda buat, anda dapat. Jangan lupa upload instagram lepas terawih dengan caption "done terawih, huhu sebak dihati ini dapat menunaikan terawih 27 rakaat huhu rasa nak tambah rakaat la huhu"
MERCUN
Hanya golongan lahabau yang tak kenal apa itu mercun. Diseludup penuh taktik dari Thailand ke negara Malaysia, mercun sinonim dengan bulan puasa dan hari raya, yelah mana ada orang main mercun masa hari pekerja. Walaupun tiada status halal, mercun tetap jadi rebutan anak muda untuk enjoy di bulan puasa termasuk aku. Setiap letupan mercun bermaksud "fuck duit kau" dan "tak sayang tangan ke jilake" namun sehingga kini anak muda masih belum mengerti maksud deep tersebut huhuhu. Pengguna mercun juga turut terbeban dengan kenaikan harga barang dan gst, menyebabkan mercun pada tahun ini mula berkurang dipasaran serta PDRM dilihat iri hati dengan keuntungan peniaga mercun, maka mereka merampas kesemua mercun untuk mereka main di padang belakang balai.
KURMA
"Keenakan buah kurma dari timur tgh.."
"Yusof Taiyoob..."
Kalau takde iklan diatas dalam tv anda, segera call astro customer service kerana anda terpasang channel tv indon. Iklan buah kurma yusof taiyoob ni telah jemu didengar oleh rakyat Malaysia terutama part wanita berbisik sehinggakan ada anak gadis histeria ketika iklan ni dimainkan. Ramadan dan kurma mempunyai kaitan yang sangat utuh, kerana itulah iklan kurma hanya muncul menjelang ramadan. Mengikut kajian aku (melalui google), kurma membantu mencegah daripada sembelit, lemah otot, sengal-sengal badan, lesu dan barah usus besar, merangsangkan selera makan, menguatkan ingatan dan melawaskan. Disamping menambahkan tenaga seksual, kurma juga boleh digunakan sebagai pencuci mulut dan penyembuh untuk golongan yg suka menggunakan timun untuk hiasan dalam kuali HAHAHA BODOH PUNYA MENTERI. Kurma juga merupakan makanan sunnah yang kekal menjadi makanan penting ketika berbuka puasa, sahur dan ketika ponteng puasa dalam loker.
Jadi, apa yang menjadi tarikan anda dalam Ramadan? Boleh kongsikan. Dikesempatan ini, aku nak ambik kesempatan (gelak jahat) untuk wish selamat menyambut ramadan 1436 hijrah kepada pembaca entri ni(ada orang baca ke), dan berharap moga kita dapat bertemu lagi dalam ramadan akan datang..yelah mana tahu lepas tulis ni aku mengantok masa sahur dan tetido dalam kuah sup lalu mati lemas. Apapun urusan anda, pastikan enjoy dalam mengharungi puasa dan seterusnya bergembira pada hari raya yang bakal menjelma tak lama lagi.
Ahlan Wasahlan Ya Ramadoon

