Lagu hindustan beralun merdu. Tutur ala hindustan sayup sayup berbunyi, disamping lelaki india berlari ke sana-sini. Geleng kepala geleng diselangi beberapa lelaki berlari-lari anak. Muzik kuch hota hei terus berbunyi indah, semua tampak riang. Ahhh~~~
Video klip lagu hindustan? bukanlah!
THIS IS MAMAK TERRORITY !!
Jika ditanya orang ramai, amatlah menipu kalau mereka cakap tak pernah makan kat mamak, atau lalu depan kedai mamak. Dengan aroma bau masakan dan bulu tangan yang lebat, mamak atau dikenali sebagai mapley telah menconquer hampir seantero malaysia, namun belum mampu mengalahkan masakan mak aku. Terkenal dengan roti canai dan password wifi yg selalu tukar, mamak terdiri daripada india muslim yang menetap di Malaysia dan mempunyai bakat memasak yang luar biasa. Kat mamak ni jugak, korang boleh sembang-sembang sampai muntah, bebas merokok dan bershisha, dan paling penting, dapat tengok MU kalah. Mamak bukan seorang, ada beribu malah berjuta di negara ni. Jika anda ternampak india muslim di mana-mana restoran, segeralah tegur "hei,mamak!" kerana itu menunjukkan kita mengenali mereka.
Disebalik pujian aku kat atas, sebenornye ada jugak perasaan marah dan ketidakpuashatian aku terhadap mamak, yang kadang-kadang membuat aku berzikir (aku baik, tak mencarut). Untuk mamak yang bagus, terima kasih atas servis order anda yang bagus termasuk servis badan. Entri ini hanyalah entri blog murah dan bukan surat bantahan rasmi kepada presiden mamak malaysia, hanya ditujukan kepada mamak yang derhaka, dengan harapan mereka tersedak apabila aku mention dalam entri ni. Ya sebagai mamak aku nampak skop kerja korang yang sistematik dan cekap serta selalu lap meja sambil senyum tanpa disuruh, tapi masih ada yang aku dan geng bersepakat untuk tidak berpuas hati dan rasa nak maki dalam bahasa melaka. Ayuh teruskan membaca
MAMAK DERHAKA
lambat ambik order
selalunya aku datang ramai-ramai mudah nak order, sebab panggil reramai ala rusuhan. Masalahnya kalo engko pegi sensorang, dapat meja then duduk terpinga-pinga cam budak sesat. Ada dua sebab biasanya, macha yang selaku waiter pegi masuk dapur or macha dah ada, kita pulak yang duduk dlm crowded, so dia tak nampak. Solution disini, jerit "anney" atau "paria", engko nak dia datang laju-laju ko sebut "paria" la. Masalah utama dalam urusan ambik order ni, kedai tak crowded, mamak 4-5 orang duk depan kita tapi tak reti nak datang ambik order. Boleh pulak diorang sembang pasal filem tamil baru realese kat wayang, pelanggan lapar ni takde engko nak kisah. Aku hampir baling bekas sudu lalui pengalaman ni, dan alhamdulillah hanya terbaling bekas tisu.
Lupa order
Selalunya kalo tak kena friendzone, kita akan datang secara berjemaah ke kedai mamak dengan member-member serumah atau sekelas. Datang dengan gaya ala-ala backstreetboy, jalan sebaris melintang sepuluh orang terus duduk dimeja kosong yg telah digabung dua. Mamak datang ambik order, so kita pun mula la order. Megi goreng 2, taknak bawang, nasi goreng usa, nasi goreng ayam eksiden, telur mata ozil, mee celup sayur liverpool, sirap selasih dondang sayang harap didendang, teh tarik kurang manis, teh ais taknak ais dan air najwalatif (air kosong).
Haaa engko ingat ko mamak, otak ko boleh hafal semua tu? Xmen pun mengaku kalah beb. Mamak yang bajet otak terrer kebiasaannya akan patah balik beberapa minit lepas order, untuk tanya balik order kita, pasal dia dah lupa. So kepada mamak yang bajet terer, rajin-rajinkanlah bawak buku nota, yg kecik tu, untuk mudah ingat dah ambik order satu round je. Tak perlu datang balik tanya "saya lupa order kamu worang. Tadi awak order apa ya. Huhu". Lalu kita membalas "huhuhu". Maka menyirap la beb nak berhuhuhu dengan mamak pastu kena ulang order, kita sendiri pun lupa kita order apa.
Hiburan tidak bersesuaian
Waktu pagi yang ceria, dengan iringan kicauan burung kita masuk ke kedai mamak untuk sarapan. Irama burung terhenti, hanyalah ada lagu tamil berjudul kil piya nehi hae dari thr raaaga FM yang acah-acah mampu menceriakan pelanggan direstoran. Mood pagi mula berkecamuk, pagi yang tenang dimulakan dengan perkataan babi didalam hati. Takde berita or siaran pagi yang menghiburkan, sape yang tak marah. Warga mamak sepatutnya pasang siaran yang umum, mampu ditonton dan ada manafaat kepada semua, sebab pelanggan mamak bukan semua india nak hadap lagu tmil tu. Waktu petang, situasi hampir serupa. Makin membuat pelanggan menyampah dengan siaran sama, tambahan pulak dengan slot akasia "hati perempuan" yang mampu mencairkan hati para mamak.
Namun pada waktu malam, tiada sebarang komplen kerana live bola sentiasa ada, terutama game liga luar serta game penting dalam Malaysia, dan selalunya ada kes muntah darah dari pelanggan apabila tibanya game Man Utd dan Liverpool. Tiada game bolo, mamak akan tetap tunjuk sukan lain, contohnya perlawanan sepaktakraw antara SMK Zainab vs SMK Sungai Siput yang dianjurkan oleh 100plus
Wifi tak keruan
Untuk golongan yang ketagih internet dan takde internet sendiri, anda tahu perasaan bengang tersebut. Bila ada signboard "wifi zone" kat entrance, laju-laju kita masuk kedai mamak tu. Dengan perasaan penuh curious, kita tarik salah seorang mamak, penuh kejam. Pisau dihunus, dengan nada berbisik mamak diajukan soalan, "apa password wifi kedai ni?" mamak yang kekecutan terus ambik kertas dan menulis "MAMAKGHAIRAH1234"
Setelah di konek (connect), amatlah hampa kerana PASSWORD SALAH LA SIAL, kata henfon. So kita panggil mamak tu sekali lagi, dan dia cakap password tu dah betul dengan mukanya penuh konfiden. Bengang tak bengang, kita nak salahkan sapa? Hahaha terpaksa la makan tanpa upload di instagram hari tu.
Yang jenis password dah betul, tapi obtaining ip adress lama nak arwah, macam tunggu pompuan bersiap. Tapi lambat laun connected gak, cuma internet pulak yang slow. Huhuhuhu
Jadi, apakah tekanan anda apabila berada di kedai mamak? Boleh kongsikan. Apa aku nak tekankan, takde unsur menghasut untuk membenci mamak dalam blog kali ni, hanyalah sedikit point untuk meluahkan rasa tidakpuas hati terhadap kelemahan sistem mamak di Malaysia. Jika anda menyukai mamak, teruskan menjadi pelanggan mamak. Aku pun membesar dengan masakan mamak, no doubt. Sejak form 1, aku mula jatuh cinta dengan mamak. Eh, masakan mamak. So, rajinkan diri anda untuk bermesra dengan mamak, kerana mereka adalah golongan yang mudah berkawan dengan manusia, haiwan dan smurf. Kepada kaum wanita yang masih single dan mahukan lelaki romantik, taat beribadah, pandai memasak serta berbulu, pilihla golongan mamak.
Cukup untuk kali ni. Bye
No comments:
Post a Comment