Monday, 31 August 2015

Mengkaji Jenis Fans Bola di Laman Sosial


Hai apa kabar kalian? Cuti panjang aku selama 3 hari (72 jam dikira cuti panjang) langsung tiada aktiviti dan assignment dibawa pulang saja-saja maka aku buat entri. Kalau aku tak balik Kelantan dan stay di Shah Alam dah lama aku join Amir pegi himpunan Bersih depan Sogo sebab Amir kata kalau pegi dapat nasik free dan peluang mendapat makwe cina adalah tinggi. Gila kau sape taknak awek macam Soo Wincci dan pakwe macam Micheal Ang. Umi aku pula sebenarnya tak bagi aku balik Kelantan sebab bazir je RM110 balik untuk 3 hari tapi lepas aku ugut nak jadi maskot untuk hari Merdeka, umi akhirnya mengalah.

  So dirumah, sambil menikmati cuti aku belek channel tv, wow tak sangka ada banyak match bola disiarkan termasuk tv Al Hijrah dan Astro Oasis yang menunjukkan bagaimana Manchester United istiqomah dalam kekalahan. Aku layan game ringan-ringan je kalau game hardcore dirogol 3-0 oleh West Ham tu aku tak layan, brutal gila weh kalo aku fans dia dah lama terjun Parkson. Dan lepas game bola biasanya aku scroll Twitter dan Facebook nak tengok ulasan-ulasan dari pakar bola dan keputusan-keputusan lain yang tidak disiarkan dalam tv. Semestinya kekalahan sesetengah kelab menimbulkan pelbagai reaksi dari peminat bola sama ada funky, marah, sedih dan kadang-kadang ada yang merusuh tapi hanya di laman sosial la dengan menumbuk keyboard dan mengoyak poster Asa Akira. Setelah aku memerhati komen-komen orang ramai dan mengkaji menggunakan proses kombusasi serta menstalk beberapa account yang berpotensi, aku mendapati ada pelbagai karakter fans bola yang wujud di alam maya pada hari ini dan dapat dibahagikan kepada beberapa jenis. Ayuh kita mengenali jenis-jenis fans bola di alam maya.





1) Fans Bermotivasi
Normally kalau buka twitter mesti ada status atau tweet beliau yang memberi kata-kata semangat sebelum dan selepas game. Antara ayat selalu digunakan seperti "go go my team you will never walk alone" dan "this year is our year" walaupun mereka tahu team mereka lemah dan tak akan pernah menang dalam liga(contoh). Fans ini kerap tweet menggunakan peribahasa yang melambangkan semangat tidak putus asa bagi menaikkan semangat player contohnya "Teruskan Coutinho, air dicincang takkan putus!" "berjuanglah Terry! Alang-alang menyeluk pekasam seluklah sekali seluar Eva!". Sebagai fans bermotivasi juga mereka tidak mudah mengalah apabila team kegemaran mereka dibelasah teruk 6-0 dan percaya masih boleh membuat comeback pada minit ke-89 dengan tweet-tweet mereka yang penuh motivasi, Fadhilah Kamsah baca pun bergenang air mata apatah lagi Fadhilah Mansor. Aku respect penyokong bermotivasi ni sebenarnya tetapi kalau setiap sezen motivasi ada piala takda nak buat apa?


Antara komen penyokong yang bermotivasi



2) Fans Angkuh
Sering memulakan provokasi dan mengamalkan amalan hina-menghina team lain. Selalunya pada matchday dia yang paling awal provok, lepas solat Subuh lagi dah up status "player JDT pagi-pagi ni mesti kecut telor kan? Sejuk ke takut kat Pahang?" dan tweet tersebut diretweet oleh beberapa followers yang sekepala dengannya. Mereka juga sering menyanjung dan memuliakan team sendiri dengan menyebut kejuaraan yang pernah mereka miliki walaupun hanya sekadar meraih Piala Sumbangsih serta memuji player sendiri seperti memuji punggung Damion Stewart yang semakin pejal (sambil mengetap bibir). Golongan angkuh ini juga amat angkuh dengan ramalan perlawanan melibatkan team mereka. Mereka selalunya akan post ramalan sebelum perlawanan, meramalkan bahawa team mereka akan menang besar 8-1 dalam perlawanan persahabatan berdepan Bayern Munich walaupun mereka hanya penyokong Norwich. Aku juga ada terjumpa post Facebook yang membuat ramalan luar tabii dengan keputusan 56-15 namun setelah diselidik, itu sebenarnya ramalan untuk perlawanan pasukan ragbi All Black bertemu pasukan John Legend iaitu pasukan All of Me hihi amacam lucu tak jenaka ragbi aku?


Kalah pun masih angkuh bertweet




3) Fans Emotional
Paling banyak kot fans ni dalam internet, aku pegi stadium haritu pun ramai. Sering emosi apabila team mereka tidak bermain mengikut sillibus pengurus, lalu mereka meluahkan di laman sosial. Carutan dan makian terhadap pemain dah jadi perkara biasa, sebab mereka tweet dan post straight dari hati, takde lapik-lapik dah.

"Woi Kunanlan kau main bola ke Solitaire sial?! Balik rumah jahit sari la bodoh!"


"Rooney ni kambing betullah! Lari terkangkang macam baru lepas sunat! Turunla point fantasy aku kalo kau asik lari camtu! Dasar Shrek mak kau hijau pak ko hijau keluarga kau ahli Pas!"


"BABII BARUA LAHABAU TUH PAKHANG LA MELAKA MENANG LIGA LA KIMAK!!"
(orang melaka yg terbiasa mencarut walaupun menang liga)

Itu antara contoh komen emosi yang aku pernah baca di twitter, terutama ketika team mereka ketinggalan dan berada di minit akhir permainan. Aku juga tak ketinggalan beremosi baru-baru ini apabila Chelsea dikalahkan oleh Crystal Palace di Jambatan Stamford. Yelah sapa tak marah lepas Chelsea dapat gol penyamaan seminit kemudian Sako score, memang emo la namun aku bijak mengawal emosi dengan sekadar menyebut bacon instead menjerit babi yang dianggap tidak sopan. Dah la, emo pulak aku cakap pasal Chelsea ni.








4) Fans MU
Malas cakap banyak untuk kategori fans MU ni. Rujuk nombor 1, 2 dan 3 untuk mengetahui ciri-ciri mereka



5) Fan Bingbing




Hihi sekadar memanjangkan entri, Nak tengok dia berlakon jadi heroin tengoklah Xmen Days of Future Past, dia memegang watak Blink.




5) Amran Fans
Takde kaitan pun Amran dalam topik kali ni, cuma kalau sesiapa tahu mana nak dapat buku Amran Fans, pm aku. Sale bulan 5 haritu tak sempat nak beli sebab aku tengah pokai





6) Fans Plastik / Lalang
Sinonim dengan panggilan lalang kerana hanya bertiup mengikuti arah angin, yakni mengejar kemenangan sesebuah kelab (glory hunter). Kenapa lalang? Kenapa tak dipanggil bacang, sireh, atau lambok? Kerana itu semua nama kartunis haa haa lucunya aku. Penyokong lalang ni mudah dicam dilaman sosial kerana setiap kali sesebuah team menang, beliau akan mengaku sebagai fans kelab tersebut walaupun baru semalam cakap tak minat bola. Elok-elok semalam bertunang dengan penyokong Man City kerana minat team yang sama, tetiba dia tweet mengaku fans Chelsea setelah Chelsea berjaya membenam Manchester City 5-0 lalu mereka pun putus tunang. Sadis kan?








Jadi, anda dalam golongan fans mana? Biar aku jawab. Sebagai rakyat Malaysia, semestinya anda golongan keenam. Golongan lalang, ya, anda lalang, apahal tak puas hati ke mari la fast to fast. Tahukah anda, terdapat beberapa perlawanan kompetitif melibatkan skuad Malaysia sekarang, namun rakyat Malaysia dilihat tiada sambutan lagi ke stadium, mungkin kerana prestasi skuad negara? Kalau ya, ternyata anda salah seorang penyokong plastik. Hanya ketika kegemilangan Malaysia, anda ke stadium? Hei macha ale irruke porringge gali gali much tumb nehi hei. Kalau tak mampu menyokong ketika kami jatuh, janganlah bersorak ketika kami menang. Astaghfirullahalazim emosi pulak aku ni, dah la chow dulu jumpa lagi next entri k bai








3 comments: