Wednesday, 19 November 2014

the fault in our banjir

Hai assalamualaikum! Apa khabarnya wahai pembaca? Aku harapkan semoga baik-baik sahaja semuanya disamping haiwan ternakan tercinta.

dalam entri kali ini, aku nak cakap pasal banjir, ye la sekarangkan musim banjir (november-disember mmg musim banjir) ,hujan yang turun bagaikan airmata (bak kata sudirman haji acap) lebat bagai taknak rak sejuk sampai kucing aku pun mintak sweater nak pakai. So, aku nak berkongsi sedikit perkara mengenai perkara yang korang tak patut dibuat (yakni mendapat cemuhan dan gosip penduduk kampung kalo korang buat, kalo korang tak buat pun kena gosip) terutama ketika banjir ni.




                THE FAULT IN OUR BANJIR




SURFING 

aku faham kalo korang minat kat sukan luncur ni..tapi memang tak kena tempat la kalo kat air banjir pun ko nak tunjuk bakat meluncur. Contohilah budak-budak kampung (yg tak sunat, baru habis upsr)..diorang paling power pun main basikal je dalam banjir (sama ada takda duit nak beli papan luncur atau memang taknak jadi bangang mcm korang) so yang berhajat nak meluncur dalam banjir tu mohon insaf awal2 sebab air banjir bukan seperti yang korang sangkakan,( penuh ombak dan nyaman jika termasuk mulut.)




MEMANCING DEPAN RUMAH

kadang-kadang waktu hujan memang nafsu si kaki pancing memberontak nak keluar rumah..so sesetengah kaki pancing yang gile2 ketagih, memang kena memancing gak (kalo tak memancing jadi menggelupur, mulut berbuih) so dengan harapan setinggi tiang api dia mencangkung atas tangga rumah dan terus set joran depan rumahnye yang banjir. Biarkan golongan ini gile sendirian, sebab mungkin mereka yakin ada ikan pari yang terlepas dari laut dan menuju ke rumah mereka dan makan umpan tersebut. Hakikatnya, berudu pun tak hingin nak pandang joran beliau. Jadi semestinya amat tidak sepatutnya memancing dikala banjir terutama di depan rumah sendiri. Tak salah beb, cuma cari lah port memancing yg sesuai, sama ada di sungai atau pun di kolam ternakan ikan.



JUAL BURGER

Ni kes yang agak parah, dan terjadi kat member aku. Dia bisnes berger, tapi tiba je musim banjir, dia tetap berniaga. Korang bayangkan, ditengah hujan lebat dan banjir melimpah, tercatuk sebiji kedai beger ditepi jalan. Ada ke yang nak beli? Kahkah agak berdekah aku gelak kat kawan aku tanpa mengira jumlah dekahan yang aku tuju pada beliau. Nasihat aku, pilih masa yang betul untuk berniaga..time banjir orang makan sardin je kat rumah, time depan tv makan megi minum milo panas.Pencen la kejap wahai peniaga, taula hati sado nak untung je. Berger tu, jual atas perahu jelah, berniaga macam kat tasik tonle sap..kalo buat kiosk, silap-silap kedai beger tu roboh kena ribut.




SKATEBOARDING

Yang ni sama bangang dengan surfing tadi, malas dah aku nak hurai



TANAM PADI



Penamaman padi memang aku takleh nafikan, amat digalakkan kerana bak kata budak kecik dalam iklan beras, "sebutir beras tu ibarat setitik peluh petani"..so selama ni sepinggan nasi yang korang makan adalah bersamaan secawan peluh petani. berbalik kepada padi,..ia perlu ditanam ditanah jelapang..tapi kalo dalan banjir pun ko sebat pegi tanam, maka akan terbitlah kata kurang manis dari mulut orang ramai, iaitu cacian dan makian disamping makcik2 kerap menyebut "buang tebiat" secara berulang-ulang kepada para petani padi dan penjual jagung (yang turut kena tempias)



SNORKELING

Aktiviti ni selalunye dilakukan dipantai yang tiada buaya, tenang airnya jernih dan mulus seperti kulit nora danish. Nama je snorkeling, tapi tidak melibatkan keling dalam aktiviti ini. Memerlukan google yang dipakai dimata dan tong udara diatas belakang (masa kecik dulu aku ingat alat pemadam api) untuk oksigen dan kolagen. Tetapi golongan jahiliah laut telah melakukan aktiviti ini dalam air banjir. Hal ini boleh menyebabkan  penyelam secara tidak sengaja meraba kaki penduduk  kampung yang meredahi banjir untuk ke surau. So sia-sia je kalo snorkeling dalam banjir sebab berisiko untuk disepak oleh penduduk kampung secara berjemaah.





....itu saja kot entri kali ini. Buat semua aku ucapkan selamat musim banjir khas untuk mereka yang tenggelam rumahnya. Manafaatkan musim banjir ni dengan bermain air sepuasnya kerana peluang hanya setahun sekali. Anggaplah musim banjir ini pengganti musim salji bagi negara kita yang takde salji dan yang ada  hanyalah hujan batu






Assalamualaikum 

2 comments:

  1. malaysia hujan batu ke?hehehe btw blog hang lawak gile keep going

    ReplyDelete