Jadi aku disini untuk mengulas dan menulis sedikit tentang fenomena bola sepak yang begitu hangat di negara asia termasuk di Malaysia sekarang. Ya, bola sepak. Untuk pengetahuan anda, ketika ini sedang berlangsung satu pertandingan tarik tali antara rumah biru dan rumah jingga di SK Melor yang menyaksikan rumah hijau juara(main tipu) . Tapi bukan itu fokus kita.. Sebenarnya aku nak cakap bahang permusuhan dalam kesukanan sedang membara dikalangan peminat-peminat bola sepak di asia, kerana apa??
kerana ketika ini, berlangsungnya kejohanan PIALA AFF SIZUKA 2014 yang melibatkan (dan memaksa untuk terlibat) 8 buah negara asia tenggara iaitu vietnam, malaysia,indonesia, singapura, filipina, laos dan myanmar serta jerman (tiba-tiba)
kejohanan ini bermula pada 23 hari bulan november dan sah sehingga 23 disember 2014. Untuk pengetahuan, piala AFF ini mempertandingkan bola sepak. Tapi jika anda nak tengok acara isi air dalam botol, sila buat kejohanan anda sendiri. Masa aku tulis ni, malaysia sudahpun berada di semi final berdepan vietnam nanti. Tapi aku nak cerita perjalanan malaysia dari mula,, suka hati aku la kann. Bagi korang yang dah tengok, boleh tahu dan nilai sendiri prestasi anak buah Pablo Dolah Salleh yang mengamalkan corak tiki taka plus counter attack serta mengamalkan corak batik jawa, sekaligus menimbulkan rasa gerun dikalangan pakar taktikal dunia. Berikut sedikit ulasan aku
MALAYSIA 0 0 MYANMAR
Permainan yang hambar di stadium yang berkapasiti hambar. Padang diperbuat dari rumput hambar menambahkan kehambaran permainan malaysia. Dolah menurunkan kunanlan yang sedikit membuatkan game sedikit syahdu dengan linangan airmata kecewa dari penonton. Shukor Adan yang bertindak sebagai defensive midfield pada hari itu meringankan beban pencuci padang dengan melakukan beberapa sliding tackle yang membersihkan rumput dari air becak. Namun, trio penyerang negara iaitu safee yang menunggang, mat yo dan amri yahya wajar dipuji kerana berani untuk menghasilkan beberapa peluang walau kadang-kadang tersepak telor rakan sendiri. Penyerang myanmar, kyaw ko ko tetap bermain walaupun terlibat dengan kokurikulum sekolahnya pada petang tersebut.
MALAYSIA 2 3 THAILAND
Agak mengecewakan bagi aku dan fans yang lain kerana game di delay beberapa kali kerana hujan lebat di singapura. Dari pukul 5 petang, penantian berakhir pada jam 7.45 malam. Agak terkilan kerana aku menolak ajakan kawan aku untuk makan megi belut pada petang itu. Lagi menyakitkan, dia yang nak belanja.
Ok jadi game ini agak rancak (walau sekali lagi di padang hambar) menyaksikan thailand menurunkan rata-rata pemain muda termasuk seorang bayi. Katisuk senangbuang (nama coach) dilihat power dalam taktikal laju dan short pass yang mengelirukan pemain malaysia dan pemain mereka sendiri. First goal dari malaysia dijaringkan oleh amri yahya dari luar kotak penalti yang menerjah belah kanan jaring nyamuk thailand.. tetapi thai dengan kelajuan beliau berjaya menembusi benteng malaysia yang dikawal oleh apek, iaitu keeper jahat dari filem shaolin soccer.
Bersambung babak kedua(mcm teater pulak) malaysia kembali mendahului dengan larian solo oleh safiq rahim, legenda yang sering disebut kerana setaraf dengan pirlo dan cleverly. Disangka panas hingga petang, rupanya hujan di tengah hari. Thailand dengan semangat gajah putihnya terus menyerang dan mendapat 2 gol, hasil kesilapan pertahanan malaysia yang tidak fokus kerana teringat ada clan war pada malam itu. Game yang sedih, tewas 3-2..aku tido bertemankan lagu tok ki- hampa
SINGAPURA 1 3 MALAYSIA
Game yang paling banyak kontroversi hingga masuk carta top 5 di uk. Sebelum game aku dengar macam-macam fitnah dari fan singapore, malaysia main kotor la..malaysia guna m.nasir bagi diorang kalah..fan malaysia guna pencuci joy ke singapore la..adei tapi aku tetap bersangka baik. Hingga ada yang cakap malaysia itu kucing..what the what?? Tapi ok la panggil kucing dari panggil anjing, sebab kat malaysia memang takleh pegang anjing kecuali ada program yang dianjurkan tu lain cerita la kann?
So game ni berlangsung dengan panass..pasal takde aircond (haha amacam punchline aku) sorakan kallang tie memang buat aku rasa gerun, takut msia tak perfom. Tapi alhamdulillah, safee sali membuktikan dia bukan menunggang dengan gol dari sepakan padu menerjah gawang singapore ibarat todak yang melanggar. Tetapi singapura kembali buat aku tak senang duduk (nak berak) dengan gol penyamaan minit ke 83..uish time tu aku gila2 rasa mmg mampus harapan.
Dalam kehampaan minit ke 90 aku tengok amri yahya jatuh lepas tanduk tak kena then ada playback time tu aku sumpah seranah bagai dalam bahasa kelantan huk aloh huk aloh .... Member aku serta warga restoran tetiba ada yg sorak. Aku keliru time tu (tapi sorak gak) tetiba nampak safiq letak bola untuk penalti dan setelah gol memang riuh woi restoran tu. Masa bayar duit makan smua kat kaunter sekali lagi restoran riuh..then member aku ckp gol lagi haha 3-1 giler wei ada makcik tanya mana keeper, hamba Allah ni jawab "keeper pegi tandas" kahkah tu laa sebelum game minum air sirap banyak sape suruh. sampai sekarang keeper tu hilang, menjadi persoalan rakyat malaysia dan singapura termasuk taufik batisah
So sekarang ini, malaysia sedang bergelut dengan vietnam, sebuah negara yang agak power dalam arena bola sepak. "Kami dah sampai semi final, alang-alang tu biarla terus ke final" kata shukor adan. Kata yang mudah diucap seperti makan keropok mony, tapi hakikatnya susah. Jika menang, thailand atau filipina menanti. Vietnam, pasukan yang bermain dengan laju, menewaskan mo farah dalam acara lumba lari. Thailand, pasukan yang pernah menewaskan malaysia dan terkenal dengan kawasan beli-belah yang murah di takbai. Dan filipina, terkenal dengan Telenovela Pangako Sayor. Perjalanan Malaysia agak berliku bagi aku..apa pon, Pablo Dolah ada rahsianya. Kalo tak kritik, tak kemana pulak..habis bila bola nak maju? Haha renung-renungkan. Selamat berjaya, harimau malaya!


dah masuk final yeihaaa
ReplyDelete