Monday, 16 February 2015

adik

adik tercungap-cungap. penat. sesampainya ditempat meletak basikal, dia duduk diatas bangku kayu berdekatan. adik sebenarnya tidak pasti mengapa dia begitu teruja untuk pulang ke rumah, sesudah sesi kelasnya ditamatkan. mungkinkah teringat masakan ibu yg lazat? atau terlalu memikirkan untuk balik dan tidur sepuasnya, setelah sehari bergelut dengan sekolah?


"woi jan, menung ape tu? asal tak balik lagi?" rakan sekelas adik, zico menegur adik yg masih termenung dihujung bangku

"takde ah, haha aku saje je ambik angin jap sebelum balik. penat pulak belajar hari ni zic" ujar adik sambil tersenyum

"oo takpe la, kalo camtu aku balik dulu la jan..nak bagi makan arnab" zico meminta diri sambil menuntun perlahan basikal fixienya

"k" balas adik.





setelah zico beredar, adik bangun ke arah basikalnya. terasa malas untuk mengayuh basikalnya, apatah lagi dengan cuaca panas terik yg mampu membakar kulit dan membasahkan uniform sekolahnya dengan peluh. perlahan-lahan, dia mengayuh basikalnya keluar melepasi pagar Sekolah Kebangsaan Dato Ibrahim Md Zin.


adik mengayuh basikalnya bersahaja. tidak slow dan tidak laju. sambil pandangannya memerhatikan kedai goreng pisang kak Halimatun Saadiah yang masih dikerumuni oleh beberapa org murid yg membeli sambil menunggu ibubapa mereka datang menjemput.

 "pekena goreng pisang plus kopi panas time camni...pergh!" getus adik dalam hati. adik sudah sedia maklum, goreng pisang kak halimatun saadiah adalah yg terbaik dalam kampungnya. resepi rahsia yang diamalkan begitu menjadi, sehingga beberapa kali plankton cuba mencurinya. pisang emas yg dicelup tepung bancuhan asli menambahkan ghairah kepada si pemakannya.


adik terus mengelamun sambil mengayuh basikalnya. sedar tak sedar, dia sudah hampir sampai ke rumahnya. kayuhannya dislowkan kerana jalan sekitar kampungnya agak kecil dan sukar untuk mengagak kenderaan laju yg datang dari depan. kelihatan Wak Zaman, jiran sebelah rumah adik sedang menyapu daun kering yg bertaburan di halaman rumahnya yg hampir roboh.

masuk ke selekoh rumahnya, adik menyandarkan basikalnya di pokok jambu halaman rumahnya. basikal biru adik tidak mempunyai tongkat, kerana adik menganggap basikal tanpa tongkat lebih hipster dan kool. sekilas memandang rumahnya, pintu dan tingkap tertutup rapat.

"baru pulang sekola ya?" soal Wak Zaman dengan sedikit pelat jawa terbit dari bibir hitamnya. dia merupakan penduduk paling tua dikampung adik. meskipun begitu, dia masih cergas dalam membuat aktiviti zahir dan batin. tidak hairanlah isterinya, Mak Cik Zeeta masih bersamanya.

"aah wak..takkan baru pulang disko pakai camni" jawab adik sambil ketawa kecil. Wak Zaman tersenyum mendengar jawapan adik, tidak mahu terus mengganggu adik dan meneruskan kerjanya.


adik terus mendaki tangga rumahnya. dari tangga pertama, adik nampak sekeping nota kecil dilekatkan di pintu rumah. sampai depan pintu, adik cuba pulas tombol. berkunci. kemudian, baru adik baca nota yg terlekat dipintu. jelas itu tulisan ibu


"IBU PERGI KELUAR KEJAP NGAN ABAH, ADA SALE PERABOT KAT PEKAN. ADIK LEPAK DULU RUMAH MAK LANG, NANTI IBU BALIK"



adik baca nota tersebut berkali-kali. terasa diri adik seperti ditinggalkan. perasaan adik bercampur-baur. dirinya penat pulang dari sekolah dan perut yg lapar menambahkan lagi kesedihan adik. dia duduk menangis teresak-esak diatas tangga.



petang selasa yang hening, dengan esakan adik serta suara kicauan burung.







Wak Zaman terus menyapu.




No comments:

Post a Comment