credit to this brother :D moga tercapai hajat ngko ambik hati bakal mentua keh3
hiruk pikuk keadaan direstoran kepunyaan mamak, Salimu Tatangga yg dipenuhi oleh orang ramai yang singgah selepas waktu keja berakhir. aku berjalan perlahan untuk keluar, sambil mengelak dari terlanggar org ramai. sambil itu aku menikmati bau asam pedas dan pelbagai bau yg menusuk hidungku dan cukup membuatku berasa lapar tahap gaban. cepat-cepat aku menahan nafas, tidak mahu terus tergoda dengan pelbagai bau masakan yg enak itu.
aku mencapai kunci motor honda dream dari poket jeansku. nasi dan lauk yang ku beli diletakkan dengan cermat dalam raga motosikalku. motor dihidupkan, dan aku menyarungkan helmet (tanpa mengikat), segera beredar dari restoran tersebut.
dalam perjalanan, sedang aku mengelamun, aku dapati ada individu yang sedang menolak motornya ditepi jalan berhampiran bangunan pejabat penmerah.com... aku memperlahankan motor, menurut lelaki itu slow-slow. setelah di spy secara terperinci, aku mengesahkah, dan tidak syak lagi, lelaki tersebut seorang daripada insan yang aku kenal..
TU AYAH ZALIKHA!
aku mula mati akal. nak tolong, tapi camna? aku tak reti repair motor. kalo takde minyak, stesen minyak jauh. aku pun malas hihi. nak abaikan? jangan harap! tu ayah Zalikha, gadis pujaanku sejak sekolah menengah. Zalikha yg sopan, dan tak pernah lekang dengan senyuman. ooooh andainya kau tahu Zalikha hmmm
lamunan aku terhenti. aku harus membantu pak samsul. ini bukan saja atas dasar perasaan aku, tapi ini mengenai dasar kemanusiaan dan kebajikan. orang yg susah harus dibantu, ajaran mak aku yg selalu aku ingat. hanya ada satu cara. ya, cara yg ku anggap bodoh tetapi sekurang-kurangnya dapat menemani Pak Samsul.
tanpa berfikir panjang, aku mematikan motorku. helmet ku tanggalkan, dan dengan laju, aku menolak motorku, menuju ke arah Pak Samsul.
"assalamualaikum, eh Pak Samsul, dari mana..? kenapa ni?" aku memulakan perbualan. kelihatan dia terkejut dengan kehadiranku, tambah-tambah lg dia melihat aku turut menolak motorku, sama nasib sepertinya
" Waalaikumussalam eh..ler...engko, Salman? pak cik dari kedai ni, beli ubat nyamuk. motor pulak tetiba mati, haa motor engko pulak dah kenape?"
"motor saya? ehehe motor saya takde minyak, minyak habis. kebetulan habis kat sini, terjumpa pulak ngan Pak Samsul" aku bersahaja menjawab. dalam hati aku agak bersalah sebab menipu
"saya pun bukan jenis reti repair motor, maaf la Pak Samsul saya takleh check motor Pak Samsul" sambung ku
"eh takpe la Man, kita sama-sama tolak je la..at least pak cik ada teman haha" kata Pak Samsul sambil ketawa. aku turut ketawa (buat-buat)
"emm...Zalikha sihat, pak?" aku mulakan topik ku. agak berat sebenarnya untuk bertanya, entah dari mana datangnya semangat untuk mengajukan soalan itu.
"oh, ika sihat je..ada kat rumah tu. Man tanya pasal Zalikha ni, ada apa-,apa ke?" berderau darah aku time Pak Samsul melontarkan soalan tersebut. ahh sudah bikin ribut ah aku ni. gelojoh
"takde saya tanya je, Pak Samsul. ni kenapa pegi beli ubat nyamuk kat pekan? kedai runcit Munawir tutup ke?" aku cuba mengalih topik, namun fikiranku masih pada Zalikha
"..kedai Munawir tutup harini, Munawir keluar kenduri anak dia, Suud. kawan kamu le, kamu tak pegi? Suud tak ajak kamu ke?," soal Pak Samsul
"bukan tak ajak, saya ni ha asyik sibuk je. harini pun kena keje separuh hari..lagi pun saya tak rapat sangat dengan Suud, sy tak pegi bukan dia perasan pun haha" jelasku sambil ketawa. "Zalikha kerja kat mana, Pak Samsul? tanyaku. sungguh aku tak dapat elak dari bertanya perihal Zalikha.
"oh..ika tu sekarang kerja kat Negeri X. sekarang cuti so dia balik la kejap" ujar pak Samsul.
"kamu suka Zalikha ya, Man?" terpacul soalan itu dari bibir pak Samsul. soalan yg tiba-tiba. aku terpaku. darah aku sekali lagi berderau. dup dap dup dap. "mau kena lemah jantung kalo asik berderau ni", bisik ku dalam hati.
"Pakcik tak tak kisah pun dengan siapa Ika kawin..driver lori pon pakcik terima. asalkan, dia pandai jaga isteri dan jaga diri sendiri. Ibadah kena la jaga, kalo tak camna nak bimbing isteri, ye dok?" panjang lebar pernyataan Pak Samsul. rasa terpukul jugak aku dengan bab ibadah tu. padu dan jitu
"sejujurnya saya memang simpan perasaan kat Zalikha, pak. insyaAllah pak, sy akan membetulkan diri saya sebelum memiliki dia. insyaAllah, kalau ada jodoh saya dengan dia" ikhlas kurasakan kata-kataku itu. tidak dibuat-buat lagi.
kami berhenti di depan rumah Pak Samsul. sebelum aku beredar, dia berterima kasih kerana menemaninya sepanjang perjalanan pulang.
"terima kasih Man temankan pakcik. susah nak jumpa orang macam Man ni. ada masa datang la rumah pakcik,nak jumpa Ika pon boleh hahaha" aku tersenyum mendengar ayat terakhir Pak Samsul. hatiku mula berbunga seharum febreeze.
sebelum aku pulang, kami bersalaman,
dan aku menghidupkan enjin motorku, meminta diri dan terus memecut pulang
Pak Samsul mengunci motornya, dan menuju ke tangga rumahnya. tiba-tiba, langkahnya terhenti. dia menyedari sesuatu
"Salman kata takde minyak, camna motor dia boleh hidup?!"
dan azan maghrib mula berkumandang

No comments:
Post a Comment