Friday, 8 May 2015

jenis-jenis ibu









Hai. Apa kabarnya cewek-cewek sekalian? Apabila bosan, selalunya aku main game dan tido. Tapi, minat menulis tak bisa dibendung dong, ibarat salju didanau rindu, jatuh dan layu ditasik madu. Meskipun bm penulisan dapat A, muka pulak tak hensem, mana layak jadi penulis. So, ada blog, guna. Ada otak pun, guna.

 Sejujurnya aku taip topik kali ni secara automatik apabila minda kecik ini seringkali throwback dalan kepala pasal kisah aku dan mak aku, dan bukan sebab hari ibu or hari wanita berleter sedunia. Jika itu kebetulan, maafkanlah. Ikhlas untuk menghargai wanita seluruh dunia, yang sudah bergelar ibu, yang hampir bergelar ibu tiba-tiba tersedar(mimpi kawin) mahupun yang sudah bergelar ibu kepada ibu(nenek). Kalian wanita awesome.

Ada beberapa jenis ibu yg aku dah lihat sepanjang 18 tahun 6 bulan 13 hari aku hidup atas planet beroksigen ni. Pelbagai ragam anak dan ibu aku dah tengok, dan mungkin pada masa depan banyak lagi kisah ibu yg akan aku nampak. Kita akan nampak. Kau, aku akan bergelar parents. Ibubapa. Aku berpenis, mana mungkin bergelar ibu

So ayuh meneroka beberapa jenis ibu yang telah aku senaraikan, tentang perangai dan sifat semulajadi para ibu, dan yang penting bukan suka-suka untuk mengata. Hiks




JENIS-JENIS IBU





IBU KETAGIH MASAK

"mak, harini along makan kat luar"
"eh takpela, biar mak je masak"
"tapi, along dah tempah makanan kat restoran.."

"Ok, restoran mana? Mak nak gi masak.."


IBU KAKI SHOPPING

"Mak nak gi mana?"
"nak gi beli barang jap"
"eh, bukan ke smalam mak dah beli?"

"alah, smalam baru sparuh mall.."


IBU RAJA GOSIP

"eh, along tau dak pasal artis kena tangkap khalwat tu? Teruk beno perangai..dia tu artis, tak reti malu"

"a'ah, along ada dengar..mak pun patut malu, dia kena tangkap khalwat dgn angah..."


IBU PENUH NASIHAT

"Mak, along nak pegi kedai jap"

"Ok, keluar rumah tu bukak pintu, pakai slipper. Check duit..jalan elok-elok tau, ada biawak kejar nanti lari. Smpai kedai tu, tengok kedai bukak ke tak. Kalau dia tulis open, haa baru boleh masuk beli. Pilih barang, pastu bayar kat kaunter k"



IBU BERPOLITIK

"mak, adik nak patung najib tu, fuyoo mata dia kuar apii..,"

"ish mana boleh, patung ni mahal, lagipun ni pembangkang, mak tak suka. Kalau beli jiran cakap mak pembelot"





IBU BEKERJAYA

"mak, angah nak pe..."

"CALL NANTI YE"



IBU KUAT AGAMA

"Ummi, ada lalat mati dalam air adik.."

"Kullu nafsin dzaiqotul maut”


IBU BAPA DAN GURU 






IBU AYAM

"mari-mari pakej murah dari thai dan china, pilih-pilih"


IBU KAKI TELENOVELA

"Mak, lapar.."

"ku paw angelo serra pahiram ng sandali !" (aku sibuk, masak la sendiri)




IBU BERTEKNOLOGI

*post fb*
"Harini kita masak kuih seri muka"
"Baru balik umah jiran, dia meninggal lemas dalam mangkuk. al fatihah"


*upload insta*
"selfie bersama anak"
"selfie bersama bunga raflesia"
"selfie bersama hidangan hari ini, megi goreng"
"hashtag anak, hashtag daun kari"


Jadi senarai diatas hanya mitos, setengah daripadanya based on pengalaman aku ngan mak aku, dan jika ada kena-mengena dengan seseorang, maafkan aku.

Apepun, walau siapapun anda ketika ini, apa yang anda buat, pastikan sentiasa keep in touch dengan satu-satunya rakan baik, girlfriend terbaik dan partner terbaik dalam hidup semenjak kecil, yakni ibu.


Bak kata ilmuwan kelantan, "wak nate apo tunggu hari ibu, setiap hari adalah hari ibu awe weh..arr penat demo"



Have a nice day, Assalamualaikum

















No comments:

Post a Comment