"Siap doh ni, ambik la"
"mokasih, pokcik"
Aku belek kasut itu. Terasa seperti dapat kasut baru.
Pakcik separuh umur itu tersenyum. Aku turut tersenyum. Khidmat kasut itu tidak terhenti disini, perjuangannya masih panjang, setelah ia dibedah, dan statusnya ditukar.
* * * * *
Membelek kembali barang lama dibawah katil dirumahku, seakan aku tak pecaya, ibarat team carigali menjumpai fosil dinasor, aku terus rakus menggeledah. O Em Ji! Terjumpa beberapa komik lama masa form 1 dan buku teks sejarah yg belum dipulangkan serta beberapa helai boxer yg pernah hilang. Tetiba, terjumpa satu barang berhargaku, yg telah lama aku sisihkan..
Kasut bola ambo! Huk aloh
beli time form 4 tapi guna hanya tiga kali (aku guna sekali, kawan pinjam 2 kali). So tiup-tiup habuk kat but tu serta lap pakai ky jelly, nampak berseri lagi macam guna qu puteh. Test pakai kat kaki, و masih muat! Hmm, adakah kaki aku berhenti membesar di saiz 9? Namun aku bersyukur sebab kalo kaki terus membesar so kasut pun kena selalu tukar
53 saat kendian, baru tepikir yg aku dah jarang main bola sendiri, apatah lagi bola padang, terutama setelah masuk u. Terpikir jugak, kenapa aku beli but ni dulu? Nafsu yang diikut-ikut. Rm150 melayang beb, aku bukan jenis reti main bola. Kebanyakan sepak tersasar, tersepak telor member serta sepak telor musuh(sengaja). Ahh apa nak buat ngan kasut ni? Jual? Sayang....
Zupp! Bagai kilat idea datang menendang otak. Mentol kuning tiba-tiba bercahaya. AHA! TUKAR TAPAK KASUT. jimat, mudah dan tidak menjejaskan ekonomi negara. Boleh jadi madu kepada kasut sukan aku yg lagi satu. Boleh jadi kasut futsal spare, ganti kepada kasut sedia ada jika kena pau dimasjid time jumaat.
Tanpa berfikir panjang dan pendek, pantas aku taruk but tu dalam beg camel mountain, memecut jetski ke bandar walaupun sudah pukul 4 petang, waktu manusia balik kerja dan waktu untuk menonton jimmy neutron.
Parking ditepi kedai emas hup seng, naik ke kaki lima, ada sorang pakcik separuh botak bermuka joe flizzow, memakai pagoda dan nampak hipster jika sekali pandang, duduk ditepi almari dipenuhi kasut. Time aku sampai, dia dok khusyuk repair but kuning phua chu kang.
"Pokcik"
"Ho gedio awe?"
"Ejah tukar tapok, kito nok tapok futsal"
"Oo ok bereh, kalu tukar tapok sulaiman.? Hahaha"
"Tobat tok lucu, cik"
Aku hulur kasut tu, suh dia tukar tapak dan tambahkan sedikit ghairah kepada pemakai. Pakcik tu tilik-tilik kasut aku kiri kanan, then ambik simpan dalam almari kayunya, lalu dikunci menggunakan mangga bersaiz penis dewasa. Safety first katanya
"Rm20, esok ambik" ringkas seperti FBI ayat pakcik tersebut. Aku mengangguk, singgah beli sotong stengah kilo dan pulang
So, esok paginye, lepas siap makan honeystar aku bergegas ke bandar ambik kasut tu, dan aku amat berpuas hati dengan hasilnya.
Puma v5.11 reborn. Siap gam dan jahit kat tepi, insyaAllah tahan lama, maybe sampai liverpool menang liga
So nak citer tu je, pengalaman recycle kasut, cuma nak share. Still bertahan kasut tu, maybe tuan dia banyak pekena extrajosss,hahaha. Kalo korang ada kasut yg rosak sikit, pegi la hantar repair, baru tak membazir. Beli kasut baru habis dekat rm100, baik ko beli nasi bungkus.
nak repair kasut, just pegi hantar kat pakcik kasut kat kaki lima tu je, cepat dan hasilnya berkualitas. takyah pegi kedai kasut-U or al-ikhsan mahupun al-ikhlas, diorang takleh buat ape-ape jugak. so, diharapkan entri aku menjadi hero sekaligus memberi harapan baru kepada semua kaum kasut yang koyak dan hambar. Ingat, old is gold
Sedikit pesanan dari pak abu,



No comments:
Post a Comment